1. Periksa payudara anda
Anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan payudara anda sendiri
sekurang-kurangnya sebulan sekali. Waktu yang sesuai untuk anda lakukan
pemeriksaan ini adalah pada tarikh yang sama setiap bulan atau beberapa hari
selepas kedatangan haid. Mengikut kajian, selepas haid payudara anda masih lagi
lembut dan senang untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang tanda dan
segeralah berjumpa dengan doktor.
2. Jauhi pembedahan
Ada segelintir wanita yang ingin memiliki payudara yang besar dengan
mengambil jalan yang mudah iaitu melakukan pembedahan. Sebelum anda mengambil
keputusan untuk melakukan anda digalakkan membuat beberapa kajian akan risiko
yang anda akan alami selepas melakukan pembedahan tersebut kerana ia mungkin
akan mengorbankan asset kesayangan ini. Sebenarnya kecantikan seorang wanita datangnya
dari dalam diri seseorang wanita itu sendiri.
3. Kesihatan payudara
Bagi mendapatkan bentuk payudara ynag menawan, anda digalakkan untuk
membuat beberapa senaman bagi menguatkan otot pektoral dan yoga. Senaman ini
dapat memberi kepuasan kepada anda kerana ia akan menjadikan payudara anda
cantik, montok dan menawan. Di sini ada beberapa cara untuk menguatkan otot
pektoral :
i) Senaman biasa
-tekan kedua telapak tangan ke dinding sambil anda memandang ke atas.
-anda diminta untuk menahan beberapa minit dan lepaskan secara perlahan.
-posisi ini haruslah diulang beberapa kali dan ia boleh dilakukan di dalam bilik mandi.
-lakukan mengangkat dan menurunkan bahu secara berulang-ulang untuk memperkuatkan otot payudara anda.
-tekan kedua telapak tangan ke dinding sambil anda memandang ke atas.
-anda diminta untuk menahan beberapa minit dan lepaskan secara perlahan.
-posisi ini haruslah diulang beberapa kali dan ia boleh dilakukan di dalam bilik mandi.
-lakukan mengangkat dan menurunkan bahu secara berulang-ulang untuk memperkuatkan otot payudara anda.
ii) Yoga
-untuk melakukan senaman secara yoga anda perlu menenangkan fikiran dahulu sambil menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan.
-kedua lengan didepakan separas bahu dan gerakan perlahan-lahan lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah.
-berhenti lima saat dan sambung semula dalam posisi yang sama tetapi lengan kiri ke atas
-lakukan gerakan tersebut sebanyak 10 kali setiap hari.
-untuk melakukan senaman secara yoga anda perlu menenangkan fikiran dahulu sambil menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan.
-kedua lengan didepakan separas bahu dan gerakan perlahan-lahan lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah.
-berhenti lima saat dan sambung semula dalam posisi yang sama tetapi lengan kiri ke atas
-lakukan gerakan tersebut sebanyak 10 kali setiap hari.
4. Sentuhan lembut
Percaya atau tidak sebenarnya minyak aromaterapi boleh digunakan untuk
mengurut serta menganjalkan payudara. Sentuhan yang lembut dan urutan yang
sempurna akan dapat memberi ransangan kepada saluran darah di payudara anda.
Cara urutan yang disyorkan kepada anda adalah dengan mengurut ke luar, ke bawah
dan ke dalam mengikut aliran payudara anda. Jika dibandingkan dengan penggunaan
masker dank rim, cara menggunakan minyak aromaterapi lebih efektif kerana ia
akan memudahkan urutan dan minyak akan lebih cepat menyerap ke dalam saluran.
5. Menjaga kebersihan payudara
Kita digalakkan untuk menjaga kebersihan diri termasuk jugalah dengan
payudara kerana payudara yang bersih akan membuat payudara bertambah cantik.
Apabila anda melakukan pemeriksaan, anda haruslah memberikan sepenuh tumpuan
pada bahagian puting kerana ia merupakan kilang pengeluaran susu minyak.
Pengeluaran minyak adalah bertujuan untuk melicinkan bahagian putting dan arela
supaya ia tidak kering serta kulit tidak pecah. Cara penggunaan kapas dan
minyak zaitun juga boleh dipratikkan untuk membersihkan kelenjar minyak yang
melekat di bahagian puting.
6. Guna baju dalam yang sesuai
Apabila anda memilih baju dalam, anda haruslah memilih mengikut kesesuaian
anda. Contohnya memakai baju dalam ketika hamil dan tempoh menyusu anda,
haruslah sesuai mengikut situasi tersebut. Ini kerana untuk memastikan payudara
berada di dalam keadaan yang betul.
7. Penyusuan
Ketika menyusukan bayi, anda haruslah meletakkan bayi di dalam posisi yang
betul agar bayi anda tidak menarik payudara anda. Di dalam proses penyusuan
berlaku, terdapat masalah yang dihadapi oleh segelintir wanita yang dipanggil
bengkak susu. Masalah ini dapat diatasi dengan cara memerah susu secara lembut
untuk mengurangkan kesakitan atau dengan cara menuam payudara menggunakan air
suam.
Anda juga perlu tahu, dengan menyusukan anak ia dapat membantu mengecutkan
rahim dengan cepat kepada asal dan menghindarkan daripada terkena penyakit
barah yang ditakuti oleh wanita di dunia ini.
8. Jangan ramas payudara anda
Anda dinasihatkan agar tidak meramas payudara ketika melakukan hubungan
kelamin, ini kerana ia boleh membuatkan payudara anda lebih cepat kendur
daripada biasa. Jadi anda harus mengingatkan pasangan tentang perkara ini.
No comments:
Post a Comment