Pelbagai cara dapat digunakan untuk menghilangkan
jerawat.. Tahap keberkesanan menghilangkan jerawat bergantung kepada beberapa
faktor seperti kesesuaian dengan individu, jenis kulit dan kekerapan amalan...
Kita hanya berusaha, selebihnya berserah kepada Tuhan...
Sediakan campuran air
limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur, sapukan campuran
tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanyalah
sementara. Esok paginya ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan
rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air
itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda di
tempat-tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah basuh
dengan air bersih. Insya-Allah muka anda akan menjadi licin dan bersih.
No comments:
Post a Comment