Pelbagai cara dapat digunakan untuk menghilangkan
jerawat.. Tahap keberkesanan menghilangkan jerawat bergantung kepada beberapa
faktor seperti kesesuaian dengan individu, jenis kulit dan kekerapan amalan...
Kita hanya berusaha, selebihnya berserah kepada Tuhan...
Campurkan putih telur
(ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul sehingga
rata, kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian
bilas dengan air suam. Amalan ini elok untuk kulit bermasalah dan boleh
membantu mengatasi jerawat. Amalkan dua kali seminggu.
No comments:
Post a Comment