Wednesday, 26 September 2012

Sayur Kangkung...

sayur kangkung udang
Sayur Kangkung


Bahan-Bahannya :
1 ikat sayur kangkung - diasingkan daun dan batangnya
beberapa ekor udang basah - kalau nak lebih sedap - lebihkan kuantitinya
2 ulas bawang merah
7 biji cili padi - kalau nak lebih pedas, lebihkan cili
segenggam kelapa parut - ambil santannya (anggaran air 1/4 cawan )
garam dan gula secukup rasa, sedikit minyak untuk menumis

Cara-Caranya :
1. Tumbuk bawang merah bersama cili padi. 
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang ditumbuk tadi.  Biarkan hingga berwarna keperangan.
3. Masukkan udang, kacau hingga udang setengah masak.  Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Batang kangkung yang telah diasingkan tadi dimasukkan dahulu, kacau  hingga hampir layu, kemudian tuangkan santan yang telah diperah tadi.  Kacau lagi hingga mendidih.
5. Akhir sekali masukkan daun kangkung dan kacau hingga sebati dan layu kesemuanya.
6. Hidangkan panas-panas, dijamin terbuka selera.InsyaAllah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PAKAIAN WANITA DENGAN HARGA MURAH!!
PRODUK KESIHATAN,KECERDIKAN,KECANTIKAN DAN LAIN-LAIN DENGAN HARGA MURAH
LETAK MAKLUMAT IKLAN
LETAK MAKLUMAT IKLAN
LETAK MAKLUMAT IKLAN
LETAK MAKLUMAT IKLAN
LETAK MAKLUMAT IKLAN
LETAK MAKLUMAT IKLAN