Friday 28 September 2012

Soto Ayam...

soto ayam
Soto Ayam


Untuk soto nasi impit, rebus ketupat segera
Untuk mee hoon soto, celur mee hoon dgn air panas sehingga lembut

Kuah Soto (ayam / daging)
½ ekor ayam direbus dan diambil isinya. tulang ayam tadi masukkan balik
dalam air rebusan.
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu besar rempah kurma
minyak untuk tumis, garam

Cara-caranya :
1. Sangai ketumbar dan jintan atas kuali (sangai tu maksudnya goreng
tanpa minyak).  Blend halus.
2. Bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas ditumbuk halus. 
3. Tumiskan bahan ini sampai garing sikit dan masukkan rempah yang sudah diblendkan bersertakan rempah kurma.  Jangan lupa tumiskan sekali dengan garam.
4. Bila nampak dah sebati dan kering, masukkan air rebusan dan tulang ayam tadi.  Air ditambah sekiranya nampak pekat. Bila dah didih, taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkanler.

Untuk Sambal Kicap :
5 biji cili padi (ikut suka) ] kisar
1 sudu gula pasir ] kesemua
1 ulas bwg putih ] bahan dan
½ cwn kicap masin ] cukupkan
air limau nipis (ikut citarasa) ] rasanya

hidangkan bersama bahan hiasan.

Bahan-Bahan lain :
taugeh
kacang tanah - digoreng
suhun - digoreng
daun sup/bawang
bawang goreng
nasi himpit/mee/mee hoon
tauhu - digoreng & dipotong kecil2
fish ball - direbus & dipotong kecil2
½ ekor ayam direbus & disiat
½ ekor ayam digoreng & disiat
cili api - dimesin & campurkan dengan kicap manis & kicap masin




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PAKAIAN WANITA DENGAN HARGA MURAH!!
PRODUK KESIHATAN,KECERDIKAN,KECANTIKAN DAN LAIN-LAIN DENGAN HARGA MURAH
LETAK MAKLUMAT IKLAN
LETAK MAKLUMAT IKLAN
LETAK MAKLUMAT IKLAN
LETAK MAKLUMAT IKLAN
LETAK MAKLUMAT IKLAN
LETAK MAKLUMAT IKLAN